Tuesday 6 December 2011

Kekasihku di tioman (kenangan 2)

Sepi melanda saat kau jauh dari mata ku,
Biarpun hanya untuk seketika bersamamu,
Amat bermakna buat diriku,
Sekadar perindu wajah di alam maya.

Seandainya diriku diberi pilihan,
Inginku akhiri sisa-sisa hidup ini bersama mu,
Tetapi dalam masa yang sama...
Aku tidak tega untuk menolak takdir yang hadir.

Deruan ombak memukul pantai,
Memukul jua rantai hatiku,
Untuk kembali ketika bersamamu,
Berkejaran bak anak-anak kecil,
Mengutip cebisan-cebisan karangan dijadikan kenangan.

Sayu hatiku...
Saat kau korbankan dirimu...
Untuk aku berani menghadapi lautan,
Tidakku sedari ada sesuatu ditanggung olehmu.

Kesakitan itu hanya kau yang merasai,
Demi melihat wajah ceriaku,
Membuat aku alpa berada dengan duniaku,
Terasa diri ini kejam...
Membiarkan kekasihku menanggung sendirian.

Berdepan hujan, lautan dan sejuknya air terjun...
Diluar jangkaanku,
Tanpa ku sedar itu adalah derita buatmu...
Yang dapat meragut nyawamu.

Maafkan aku kerana terlalu mementingkan diri sendiri,
Maafkan aku kerana tidak memahami...
Maksud tersirat di sebalik manisnya wajahmu,
Membiarkan kekasihku sengsara kerana ku.

Walaupun langkahmu semakin terhenti,
Kau kuatkan diri demi melihat aku bahagia,
Segenap ceruk kau mengenalkanku tentang kehidupan,
Mengamati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Sepanjang perjalanan,
Segenap pantai, jeram, bukit bukau...
Menjadi saksi kenangan kita,
Masih ingatkah kau...?
Tentang tioman, tiong dan tiong nam...
Tiga rangkai perkataan pernahku bertanya padamu.

Saat deruan enjin bot memecah kesunyian lautan,
Terasa ada sebak didada meruntun hatiku,
Masih adakah peluang untukku lagi?
Mungkin ya, mungkin tidak.....

< To:my-heart (mcm2 ade)....>
By : Eyrisa qaisara,7dec 11,01:06 am
Edited by :MyLovely@Kasihhati

No comments:

Post a Comment