Tuesday 11 September 2012

KAU DAN AKU




Dulu jatuh hati kerana  sifat pemalu dirimu...
Jatuh sayang dengan sikap perihatinmu padaku...
Jatuh kasih kerana setiap hari semakin sayang padamu...
Jatuh cinta dengan belaian bahagia darimu untukku...

Dalam diam tidak ku sedari...
Titis-titis kasih mula menular dalam hati ini...
Meragut degupan jantungku...
Membelai hangat perasaanku...
Hanya kehadiranmu penawar racun kasihku...

Terima kasih andai itu yang dirimu rasai dengan kehadiranku...
Kala tiada yang peduli siapa aku...?
Segalanya bagaikan mimpi kerana aku tidak pernah tahu...
Dirimu menghulurkan tanda dan rasa kasih padaku...

Ku biarkan rasa ini bersemadi...
Ku biarkan getaran ini berlanjutan...
Ku biarkan gelora ini mencengkam...
Kerana dilanda badai asmaramu.

Membuat hatiku setiasa berbunga indah...
Saat setiap kenangan yang kita telah lakarkan bersama.
Semakin banyak disakiti semakin dalam rasa cinta dalam hati...
Kerana kasih telah lama kukuh dihatiku untukmu...

Namun segalanya ku terima...
Kerana dirimu yang sentiasa membuat diriku tersenyum...
Walaupun kala deritaku kau tetap bersama menemaniku...
Kerana belaian manjamu  selalu membuat hatiku berbunga bahagia.

                                                                     NUKILAN
                                         NURKASIH ARDYA/KASIH KENCANA
                                              10HB SEPTEMBER 2012(01:00AM) 

1 comment: