Thursday 21 November 2013

dirimu yang kucintai

Pertama kali ku kenal erti cinta,
begitu indah dunia ini ku rasakan,
Setiap hari  khabarmu ku nanti,
Saban hari ku merinduimu.
Terlalu unik perasaan ini..
Hingga sukar untuk dilafazkan...
Hanya kita yang merasainya,
Gembira, suka, duka, cemburu...
Semua menjadi satu.
Senyuman manis terukir dibibir...
Dikala mengimbau kenangan bersamamu,
Kadang-kala dapatku rasakan..
Dirimu dekat denganku,
Namun...
Hanya bayangmu bermain dimata.
Sayang,
biarpun jarak memisahkan kita...
tapi bukan hati kita ,
 ku turut merasai apa yang kau rasa,        
kerana kau kesayanganku .



by~ardayanna, 22/04/12, 03.26 a.m

No comments:

Post a Comment