Thursday 21 November 2013

melodi kasih

buat tatapan sayangku...

abang...
dikala ini ku sendirian...
mengenang hubungan kita yang pincang,
hati ini terasa sebak..
pilu teringat akan janji-janji dahulu,
entah sampai bila hubungan ini akan bertahan.

abang...
kesepian ini membuatku banyak berfikir,
berfikir tentang masa depan...
brfikir tentang jalan hidup ini,
bagaimana akhirnya.

abang...
andai dirimu tahu akan isi hati ini,
setiap saatku mendambakan dirimu disisiku,
tidak pernah sekalipun ku melupakanmu,
 namamu sentiasa meniti dibibirku.

abang...
ku tahu diriku banyak melukakan hatimu,
namun apa dayaku...
aku hanya insan biasa yang mempunyai perasaan,
cemburuku kerana ku terlalu menyayangimu,
curigaku kerana ingin mengingatimu,
aku sentiasa ada bersamamu.

abang...
maafkan ku sayang...
sikap ku kadang-kala menguji kesabaranmu,
terkadang membuatkan dirimu baran,
sampai mengganggu emosimu,
mengertilah sayang...
bukan maksudku menambah sengsara dalam hidupmu,
tetapi tidak ingin kau lupa pada diriku.

abang...
dengar lah isi hatiku...
walau untuk seketika,
ku juga seperti insan yang lain,
ingin dikasihi...
ingin dimanja...
ingin dibelai.....
namun ku sabar untuk semua itu,
keranaku memahami akan kerjayamu,
tidak seperti insan yang lain,
ku hanya mampu berdoa,
agar dirimu tetap setia kepadaku.

abang....
ku tahu....
diriku tidak menawan seperti insan lain,
diri ini tidak semewah insan lain,
tapi...
ku punyai hati...
ku punyai cinta yang ikhlas buatmu.

abang...
dikala ini....
airmataku berguguran kerana mengingatimu,
tapi apa kan dayaku,
kini aku mampu berserah,
agar jodoh kita berpanjangan.


ikhlas dari sudut hatiku yang merindu,
ardayanna (16:44, 20/09/2012)

No comments:

Post a Comment